Siapa MB Selangor Yang Baru?

Diterbitkan: Isnin, 6 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan di negeri Selangor selepas memenangi 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Namun, Pakatan masih belum memutuskan siapa yang akan mengetuai kerajaan negeri tersebut.

Terdahulu, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Sri Khalid Ibrahim dilantik sebagai menteri besar Selangor.

PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi DUN manakala PKR hanya menang 14 kerusi DUN.

Khalid memberi jaminan kepada rakyat bahawa pemimpin tertinggi Pakatan akan membuat keputusan mengenai perkara itu dalam minggu ini.

"Keputusan masih belum dibuat," katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, ia merupakan pertarungan di antara dua individu iaitu antara Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Azmin didakwa mengimpikan jawatan MB Selangor sejak sekian lama.

Perang mulut di antara setiausaha politik Khalid, Faekah Husin sebelum ini menjadi bukti wujud persengketaan di antara Khalid dan juga Azmin.

Keadaan menjadi tegang pada Oktober lalu apabila Azmin memberitahu sebuah akhbar Bahasa Melayu bahawa Khalid akan menjadi menteri sekiranya Pakatan merampas Putrajaya dan beliau terpaksa melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar walaupun Pakatan kekal berkuasa di negeri itu.

Difahamkan berlaku perselisihan faham di antara Azmin dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sehingga menyebabkan berlaku perpecahan di kalangan pengundi muda yang berpihak kepada mereka.

Ia ibarat pergaduhan keluarga kerana Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail juga dikatakan mempunyai masalah dalaman dengan Azmin.

Timbul khabar angin mengenai Wan Azizah yang tidak disenaraikan sebagai calon di Selangor kerana Azmin tidak menyukai isteri Anwar itu.

Oleh kerana beliau mempunyai sokongan Anwar yang kuat, Adun Bukit Antarabangsa itu mungkin mampu mengatasi Khalid untuk mengisi jawatan tersebut.

Seorang sumber yang rapat dengan Khalid berkata, Azmin menggunakan kuasanya untuk memilih calon yang mudah dikawalnya.

"Dia memilih calon pilihannya untuk memastikan beliau berkuasa. Namun Azmin perlu sedar bahawa rakyat menerima Khalid.

Sumber itu turut mendakwa Azmin mempromosikan calon yang rapat dengannya daripada memilih calon boleh menang.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan