Shahidan Puas Hati Parlimen Arau Kekal Milik BN

Diterbitkan: Isnin, 6 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang memenangi kerusi parliman Arau pada pilihan raya umum ke-13 semalam berpuas hati kerana kerusi panas itu bukan sahaja kekal milik Barisan Nasional (BN) malah diberi mandat oleh pengundi dengan majoriti yang lebih besar.

Shahidan yang menghadapi pertandingan tiga penjuru melawan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan calon Bebas Zainudin Yom, menang dengan majoriti 1,371 undi. Pada pilihan raya umum 2008, Datuk Ismail Kasim menewaskan Haron dengan majoriti 300 undi.

"Saingan kali ini agak sengit, namun jentera parti telah bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN di Parlimen Arau. Walaupun mungkin terdapat kelemahan namun kekurangan itu boleh dikaji," kata Shahidan.

Pada pilihan raya umum ini, BN turut merampas semula kerusi DUN Simpang Empat apabila calonnya Nuruhisham Yaakob mengalahkan penyandang kerusi itu Rus'sele Eizan dari PAS dengan majoriti 85 undi.

Sementara itu, Azlan Man dari BN memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Pauh menewaskan Ketua Dewan Ulama PAS Idris Yaakob dengan majoriti 1,385 undi.

Bagaimanapun seorang lagi calon BN, Fathul Bari Jahya tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri Sanglang.

Fathul Bari memperoleh 3,511 undi berbanding lawannya Mohd Shukri Ramli daripada PAS yang mendapat 3,632 undi manakala Zainudin Yom (Bebas) mendapat 222 undi. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan