Setiausaha Agung PKR Gagal Di Kulim-Bandar Baharu

Diterbitkan: Isnin, 6 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail gagal mengekalkan kemenangan parti itu di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu apabila tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dengan majoriti 1,871 undi.

Saifuddin mendapat 24,911 undi sementara Abdul Aziz memperoleh 26,782 undi.

Pada pilihan raya umum 2008, kerusi berkenaan dimenangi PKR menerusi wakilnya, Datuk Zulkifli Noordin dengan majoriti 5,583 undi.

Saifuddin sebelum ini merupakan Ahli Parlimen Machang di Kelantan namun berpindah kerusi ke Kedah.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan