Razali Mahu Kenal Pasti Sebab Sokongan Pengundi Cina Menurun

Diterbitkan: Isnin, 6 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Datuk Razali Ibrahim yang mengekalkan kerusi Parlimen Muar pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) Ahad, akan melakukan 'post mortem' untuk mengenal pasti punca sokongan pengundi Cina menurun di kawasan itu.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu yang menewaskan Norhizwan Ahmad daripada PKR dengan mejoriti 1,646 undi, terkejut dengan penurunan mendadak sokongan pengundi Cina terhadapnya.

"Kita akan mengadakan post mortem untuk mengenal pasti sebab sebenar mengapa pengundi Cina memihak kepada pembangkang," katanya kepada pemberita di Dewan Sekolah Tinggi Muar di sini, awal pagi Isnin.

Razali memperoleh 20,867 undi manakala Norhizwan mendapat 19,221 undi.

Sebanyak 804 undi ditolak dan peratus yang keluar mengundi kali ini ialah 85 peratus.

Bagaimanapun beliau berterima kasih kepada mereka yang mengundinya dan berjanji akan berusaha memberikan khidmat yang terbaik kepada mereka sepanjang lima tahun ini.

Sementara itu, calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Balang, Zaiton Ismail yang mengetepikan calon PAS, Malik Mohamed Diah dengan majoriti 1,635 undi, berjanji akan bekerja bersama-sama dengan kepimpinan di bahagian Muar untuk memajukan kawasan itu.

Zaiton memperoleh 9,716 manakala Malik mendapat 8,081.

Sebanyak 408 undi ditolak dan peratus pengundi 86.4 peratus.

Di BESUT, Ketua Umno Bahagian Besut yang memenangi kerusi Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh berkata kajian terperinci perlu dilakukan bagi mengetahui punca kemerosotan sokongan golongan muda secara keseluruhannya dalam pilihan raya umum ini.

Beliau berkata pendekatan dan perbincangan perlu diadakan dengan golongan muda bagi mengetahui kehendak mereka.

"Mengapa mereka memberikan undi kepada pembangkang, adakah kerana tidak bersetuju dengan calon atau faktor lain," katanya kepada pemberita di dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntong Jerteh di sini, awal pagi Isnin.

Idris mengalahkan calon PAS Riduan Mohamad Nor dengan majoriti 8,342 apabila mendapat 35,232 undi berbanding Riduan 26,890.

Sebanyak 641 undi rosak.

Idris turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi Besut yang membantu melancarkan proses pilihan raya dengan aman.

Beliau turut berharap segala persengketaan yang terjadi sepanjang kempen dilupakan dan berharap penduduk bersatu kembali dan bersama-sama untuk membangunkan daerah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan