Nong Chik, Abduk Ghani, Ali Rustam, Kong Cho Ha Antara Calon 'Heavy Weight' Yang Tewas

Diterbitkan: Isnin, 6 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Antara pemimpin BN, PAS, dan PKR yang tewas pada PRU-13
Antara pemimpin BN, PAS, dan PKR yang tewas pada PRU-13

PETALING JAYA: Pilihan Raya Umum ke-13 menunjukkan tewasnya beberapa nama besar di arena politik ditangan calon tidak ternama.

Ada juga yang menang serta berjaya mengekalkan kerusi mereka dengan memperoleh majoriti tipis.

Antara mereka yang tewas ialah, calon Barisan Nasional Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi.

PAS turut memperoleh nasib yang hampir sama apabila beberapa pimpinan tertinggi parti itu tewas, termasuklah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, dua Naib Presidennya, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

PKR menyaksikan Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail tewas manakala MCA mencatat kekalahan teruk apabila beberapa pemimpin tertinggi parti itu tewas di kerusi masing-masing iaitu, Datuk Seri Kong Chong Ha, Datuk Chor Chee Hueng serta Datuk Donald Lim.

Dua calon Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Nordin turut tewas dalam usaha mereka kembali ke Parlimen selepas menjadi calon Bebas selepas 2008.

Nurul Izzah Anwar daripada PKR menewaskan Raja Nong Chik dengan majority 1,847 di Lembah Pantai, sementara Abdul Ghani tewas di kerusi Parlimen Gelang Patah kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang dengan majoriti besar 14, 672 undi.

Lim sebelum ini merupakan penyandang kerusi Parlimen Ipoh Timur, bertanding di Johor buat pertama kali dalam usaha merampas Johor daripada Barisan Nasional.

Mohd Ali yang bertanding bagi kerusi Parlimen Bukit Katil tewas dengan 5, 447 undi kepada Ketua AMK PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berjaya menewaskan Husam untuk mengekalkan kerusi Parlimen Putrajaya dengan 5,5 41 undi.

Calon BN, Datuk Othman Abdul pula mencipta kejutan apabila menewaskan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Pendang dengan 2, 638 undi.

Sementara penyandang kerusi Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed daripada Umno menewaskan Salahuddin daripada PAS dengan 3,226 undi.

Calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir menewaskan Saifuddin dengan majority 1, 871 undi untuk merampas kembali kerusi Parlimen Kulim-Bandar Bharu.

Kong yang juga Setiausaha Agung MCA, serta penyandang kerusi Parlimen Lumut tewas kepada calon PKR, Laksaman Pertama (B) Mohd Imran Abdul Hamid yang menang dengan majoriti 8, 168 undi sementara Puad tewas di kerusi tradisinya di Batu Pahat kepada calon PKR, Mohd Idris Jusi dengan 1, 732 undi.

Donald Lim turut tewas di Selayang dengan 17, 846 undi kepada penyandang kerusi William Leong.

Ibrahim yang Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang juga penyandang kerusi Parlimen Pasir Mas tewas kepada anak Mursyidul Am PAS, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat, Mohamad Nik Abduh Nik Abdul Aziz dengan majoriti 8, 047 undi.

Sementara Naib Presiden Perkasa Zulkifli tewas dengan majority besar kepada penyandangan kerusi daripada PAS Khalid Samad dengan 10, 939 undi.

Datuk SK Devamany daripada MIC yang bertanding di kerusi Parlimen Sungai Siput buat pertama kali tewas kepada penyandang kerusi Dr Michael Jeyakumar Devaraj dengan majority 2, 793 undi.

Devamany merupakan penyandang kerusi Parlimen Cameron Highlands.

Calon DAP, Teresa Kok pula berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Seputeh dengan majority paling tinggi dicatatkan di negara ini iaitu, 51, 552 undi.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan