Nasib Tidak Menyebelahi Gerakan Pada PRU-13

Diterbitkan: Isnin, 6 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Nasib tidak menyebelahi Gerakan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) apabila ia hanya memenangi satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kerusi Parlimen yang dimenanginya ialah Simpang Renggam bagi penggal kedua menerusi Liang Teck Meng yang mengalahkan Suhaizan Kiat dari PAS dengan majoriti 5,706 undi.

Tiga kerusi DUN pula ialah di Sidam, Kedah; Pemanis, Johor dan Tanjong Papat, Sabah. Gerakan bertanding di 11 kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN pada PRU-13.

Pada 2008, ia menang dua kerusi Parlimen dan empat kerusi DUN.

Sehubungan itu, Teng Chang Yeow mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang dan Setiausaha Agung Gerakan.

Pada 2008, pemerintahan kerajaan negeri Pulau Pinang jatuh kepada DAP selepas ia memerintah selama 39 tahun. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan