MIC Capai 4 Kerusi Parlimen 5 Kerusi DUN Dalam Saingan Sengit PRU-13

Diterbitkan: Isnin, 6 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MIC terselamat daripada pertarungan sengit pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila berjaya merangkul empat kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel mengetuai cabaran MIC dalam sembilan kerusi yang ditandingi dengan memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands, timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam (Segamat), naib presiden Datuk M. Saravanan (Tapah) dan penyelaras sayap Putera MIC, P. Kamalanathan bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Barisan pemimpin parti pusat itu yang tersingkir ialah naib presiden yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K Devamany (Sungai Siput), setiausaha agung Datuk S. Murugesan (Kota Raja, Selangor) dan ketua penerangan pusat V.S. Mogan bagi kerusi Parlimen Telok Kemang di Negeri Sembilan.

Selain itu, Prakash Rao dan ahli jawatankuasa kerja pusat, A.Sakthivel turut mengalami kekecewaan masing-masing di kerusi Parlimen Subang dan Kapar, kedua-duanya di Selangor.

Pada pilihan raya umum kali ini, MIC bertanding sembilan kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN.

Pada PRU 2008, MIC mengalami kekalahan teruk apabila hanya berjaya memenangi tiga daripada sembilan kerusi Parlimen dan tujuh daripada 19 kerusi DUN yang ditandingi.

Bagi kerusi DUN kali ini, lima calon parti terbesar kaum India itu berjaya melepasi saingan dengan tiga kerusi di Johor dan masing-masing satu di Melaka dan Negeri Sembilan.

Lima calon yang menang ialah M. Asojan (Gambir), R. Vidyanathan (Kahang) dan Raven Kumar Krishnasamy (Tenggaroh), kesemuanya di Johor, M. S. Mahadevan Sanacy (Gadek) di Melaka dan L. Manickam (Jeram Padang) di Negeri Sembilan.

Seramai 13 calon yang terkandas dalam pertarungan kerusi DUN ialah penyandang kerusi Lunas S. Ananthan dan M.L. Maran (Bukit Selambau), kedua-duanya di Kedah; M. Karuppanan (Bagan Dalam), L. Krishnan (penyandang kerusi DUN Perai), kedua-dua di Pulau Pinang, C. Sivarraj (Buntong), S. Mokan (Jelapang), R. Supramaniam (Hutan Melintang), kesemuanya di Perak.

Kerusi DUN di Selangor,K. Parthiban (Ijok), N. Rawisandran (Batu Caves) dan Ketua Pemuda MIC, T. Mohan (Seri Andalas), R. Goonasakaren (Sabai) di Pahang, Dr P. Thanaletchumy (Port Dickson) Negeri Sembilan dan M. Soorianarayanan di DUN Puteri Wangsa di Johor.

Palanivel, 67, yang mengambil alih pucuk pimpinan parti daripada Datuk Seri S. Samy Vellu pada 2009, bagaimanapun tidak mendapat kemenangan mudah apabila memperoleh majoriti tipis 462 undi terhadap pencabar utama, M. Manogaran, 53, bekas ahli Parlimen Teluk Intan dari parti DAP.

Dr Subramaniam pula mengalahkan calon PKR Datuk Chua Jui Meng manakala Saravanan mempertahankan kerusi Parlimen Tapah dengan majoriti 7,927 undi dalam pertarungan empat penjuru menentang calon bebas Ridzuan Bani, K. Vasantha Kumar dari PKR dan calon Berjasa, Shaharuzzaman Bistamam.

Kamalanathan pula berjaya mengekalkan kerusinya dengan majoriti 3,414 undi dalam pertandingan empat penjuru menentang calon PKR, Khalid Jaafar dan dua calon bebas Datuk Dr R.Santhara Kumar dan Radzali Mokhtar. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan