Kurang Sokongan Pengundi Luar Antara Punca BN Tewas Di Kelantan - Mustapa

Diterbitkan: Isnin, 6 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed (tengah) ketika mengadakan sidang media di Bangunan Umno Negeri di Kota Baru pada Isnin.
Turut sama calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar (dua, kanan) dan calon BN Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa (tiga, kiri).
PAS kekal berkuasa di negeri ini dengan majoriti dua pertiga setelah memenangi 32 daripada 45 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). -FotoBERNAMA
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed (tengah) ketika mengadakan sidang media di Bangunan Umno Negeri di Kota Baru pada Isnin. Turut sama calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar (dua, kanan) dan calon BN Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa (tiga, kiri). PAS kekal berkuasa di negeri ini dengan majoriti dua pertiga setelah memenangi 32 daripada 45 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). -FotoBERNAMA

KOTA BARU: Kekurangan sokongan daripada pengundi luar merupakan antara punca Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, berdasarkan perbincangan bersama calon-calon, mereka menyatakan bahawa rakyat tempatan di Kelantan mempunyai kekuatan dari segi Barisan Nasional tetapi pengundi dari luar dilihat memberi impak yang besar kepada kedudukan parti di negeri itu.

"Nampaknya mereka (pengundi luar) mempunyai pengaruh kerana ramai yang tinggal di Lembah Klang. Misalnya di Selangor dan Lembah Klang, ramai orang Kelantan tinggal di sini.Kita sedia maklum sebahagiannya berpihak kepada kemenangan PKR (Parti Keadilan Rakyat) pada pilihan raya umum 2008.

"Dan apa yang berlaku, perkara ini dibawa oleh pengundi-pengundi di Lembah Klang ke Kelantan," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

BN gagal untuk mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada PAS yang memperoleh majoriti mudah 23 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-13.

Mustapa berkata, maka seharusnya suatu pendekatan yang lebih besar untuk berdamping dengan pengundi luar kerana mereka dilihat sebagai penentu kepada kemenangan undi.

"(Antara punca) adalah pengundi luar walaupun kita sudah buat yang terbaik, kita adakan perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur, kita datang berjumpa mereka di setiap bahagian. Dua tiga hari sebelum hari mengundi pun, ramai ketua bahagian berada di Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan pengundi masing-masing.

"Jadi, yang kita buat untuk PRU-13 ini adalah yang terbaik untuk pengundi luar. Itu jangkaan kami tetapi rupa-rupanya tak cukup lagi," katanya.

Sehubungan itu, pihaknya bersama calon-calon mengadakan perbincangan untuk mengkaji apakah punca kekalahan BN di negeri itu.

"Kita akan adakan 'post mortem' (kaji semula) dan dalam tempoh dua atau tiga minggu kita akan siapkannya.

"Apa yg penting adalah kita pulihkan semangat semua, kerana inilah perjuangan kita... teruskan gelombang merah, dan kita kena bekerja bersungguh-sungguh untuk pastikan perjuangan kita diteruskan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan