Dr Mahathir Bersyukur Kedah Kembali Ke Tangan BN

Diterbitkan: Isnin, 6 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan rasa syukur kerana Kedah kini kembali ke tangan Barisan Nasional (BN) selepas lima tahun diteraju pakatan pembangkang.

"Kerajaan BN akan menjalankan tugas dan menunaikan segala janji membangunkan Kedah supaya sama dengan negeri-negri lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis angkat sumpah menteri besar Kedah yang baharu, di Istana Anak Bukit, di sini Isnin.

Susulan kejayaan BN membentuk kerajaan negeri selepas menang majoriti mudah iaitu 21 daripada 36 kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang dipertandingkan, anak beliau Datuk Mukhriz yang memenangi kerusi DUN Ayer Hitam dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baru.

Mengenai pelantikan anaknya, Dr Mahathir berkata beliau mahu Mukhriz menjalankan tugas sebaik mungkin dan berusaha sedaya upaya menunaikan janji untuk membangunkan negeri itu.

"Bekerja baik dan bekerja kuat, jangan kira diri sendiri, jangan bagi orang tuduh terlibat dengan korupsi dan sebagainya, buat kerja secara lurus dan berkhidmat untuk negeri dan Malaysia," nasihatnya kepada Mukhriz.

Beliau juga mengingatkan Mukriz agar tidak menyalahgunakan kuasa dan mandat yang diamanahkan rakyat.

Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi BN negeri hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-10.

Beliau yang pada pilihan raya umum lepas bertanding dan menang di kerusi Parlimen Jerlun serta dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan BN bertanding peringkat negeri pada pilihan raya umum ke-13 yang berakhir, Ahad.

Beliau mengatasi calon PAS yang juga penyandang Abd Ghani Ahmad di DUN Ayer Hitam dengan kelebihan 2,446 undi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan