DAP Menang Lebih Banyak Kerusi Pada PRU-13

Diterbitkan: Isnin, 6 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: DAP memperoleh lebih 70 peratus daripada jumlah kerusi Parlimen yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13, apabila memenangi 38 daripada 51 kerusi, dengan penasihat parti Lim Kit Siang menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor.

Di kerusi Gelang Patah, Johor, Lim mengalahkan bekas menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman apabila memperoleh majoriti 14,762 undi.

Anggota parti berkata bilangan yang lebih ramai keluar mengundi iaitu sebanyak 89.1 peratus di kawasan itu berbanding anggaran seluruh negara antara 70 dan 80 peratus yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, menyumbang kepada kemenangan Lim.

Sokongan pengundi Cina di kawasan parlimen itu juga menyumbang kepada kejayaan Lim.

Selain Gelang Patah, calon DAP juga menang di Kluang, Bakri dan Kulai, namun kalah di Labis dan Tanjong Piai. pada 2008, DAP menang 28 kerusi parlimen.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengekalkan kerusi Parlimen Bagan dengan 34,159 majoriti undi serta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Puteh dengan lebih 7,700 undi.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow mengumumkan peletakan jawatan beberapa jam selepas keputusan pilihan raya diumumkan kerana bertanggungjawab atas kegagalan merampas semula kerusi negeri itu daripada Pakatan.

Di Kuala Lumpur, DAP menang semua lima kerusi Parlimen yang ditandinginya di Kepong, Segambut, Bukit Bintang, Seputeh dan Cheras.

Di Perak, semua tujuh calonnya menang dengan margin selesa di kebanyakan kerusi parlimen majoriti Cina iaitu di Taiping, Ipoh Timor, Ipoh Barat, Batu Gajah, Beruas, Kampar dan Telok Intan.

Selangor juga menyaksikan DAP mengekalkan penguasaannya di Puchong (Gobind Singh Deo), PJ Utara (Tony Pua) dan Klang (Charles Santiago).

Pendatang baharu Ong Kian Ming juga berjaya menewaskan Datuk Yap Pian Hon daripada BN di Serdang.

Di Melaka, calon DAP Sim Tong Him mengekalkan kerusi parlimen Kota Melaka, namun kalah di Alor Gajah menerusi Damian Yeo Shen Li, namun kekal di Seremban dan Rasah.

Di Sabah, DAP memnangi kerusi Kota Kinabalu dan Sandakan, namun kalah di Sepanggar dan Putatan.

Di Sarawak, pengundi terutama di Bandar Kuching, Stampin, Lanang, Sarikei dan Sibu, memilih calon DAP sebagai wakil rakyat mereka di Parlimen, manakala BN menguasai Mas Gading, Serian, Mukah, Kapit, Bintulu dan Lawas. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan