BN Perak Tekad Bentuk Pentadbiran Negeri Lebih Baik

Diterbitkan: Isnin, 6 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak, yang membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menang 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13, bertekad membentuk kerajaan negeri yang lebih baik.

Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau akan memberi tumpuan terhadap perjalanan pentadbiran negeri, dan tidak hanya kepada perjalanan politik.

"Kami 'adik-beradik' (BN) akan bekerja lebih keras dalam mempromosikan politik sederhana, mengelak sikap ekstrem serta politik berpuak-puak. Ia tidak memberi isyarat yang baik kerana kita hidup dalam negara yang penduduknya pelbagai kaum, dan memerlukan perwakilan daripada setiap kaum," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di sini pagi Isnin.

Zambry berkata masih terlalu awal untuk menganalisis keputusan pengundian PRU13 ini, namun BN akan membuat kajian terperinci keputusan itu memandangkan B Nmenang di kawasan yang mempunyai majoriti kaum Melayu.

Mengenai calon BN yang tewas di tiga kawasan Parlimen, Lumut, Taiping dan Kampar, beliau berkata mereka gagal di kawasan yang mempunyai bilangan pengundi kaum Cina yang ramai.

"(Datuk Seri) Kong Cho Ha tewas begitu tinggi bagi peti undi DUN Sitiawan, sedangkan peti undi di Pasir Panjang dan DUN Pangkor tidak begitu ketara. Beliau nampak seolah-olah menang di kawasan satu kaum itu (Melayu), namun kemenangan di peti undi Pangkor dan Pasir Panjang tidak dapat menampung kekalahan di peti undi DUN Sitiawan," katanya.

Zambry berkata BN menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat, dengan perjalanan demokrasi berjalan lancar, selain berharap semua parti politik menerima baik keputusan tersebut.

"Sama seperti saya janjikan pada persidangan DUN sebelum dibubarkan, bahawa kedua-dua pihak telah berjanji siapa yang menang akan hormati, (Pengerusi DAP Perak) (Datuk) Ngeh (Koo Ham) berkata kalau dia menang kita hormati, dan saya jawab balik kalau BN menang mereka perlu hormati. Saya fikir ini 'gentlemen agreement'," katanya.

Ditanya mengenai kestabilan kerajaan negeri yang dibentuk dengan kelebihan tiga kerusi, Zambry berkata yang penting ialah bagaimana mengurus sebuah kerajaan.

Zambry berkata beliau akan mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah dalam tempoh terdekat bagi membentuk kerajaan negeri BN.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata pakatan pembangkang menghormati keputusan rakyat dan menerima kekalahan pilihan raya umum ini secara hati terbuka.

Katanya pakatan akan melakukan post mortem berikutan kekalahan kali ini dan akan mengambil tindakan mahkamah, khususnya bagi kerusi yang kalah dengan majoriti tipis.

Pada PRU-13 ini, pakatan pembangkang memenangi 28 kerusi.

Sementara itu di LUMUT, Kong menerima kekalahan beliau dengan hati terbuka dan turut meminta semua pengundi menerima keputusan tersebut.

"Mereka (penduduk) Kampung Baru Cina mempunyai banyak masalah yang perlu diselesaikan dan memerlukan perkhidmatan...namun mereka memilih Imran," katanya yang tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan