BN Menang 132 Kerusi Parlimen Setakat 2.45 Pagi

Diterbitkan: Isnin, 6 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak meraikan kejayaan BN yang berjaya membentuk kerajaan di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur pada Ahad. Turut sama isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kiri). -fotoBERNAMA
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak meraikan kejayaan BN yang berjaya membentuk kerajaan di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur pada Ahad. Turut sama isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kiri). -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) memenangi 132 daripada 178 kerusi Parlimen setakat 2.45 pagi Isnin pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN memenangi 25 kerusi di Sarawak, 15 (Johor), 13 (Sabah), 12 (Perak), 10 (Pahang), sembilan (Kedah), masing-masing lima di Kelantan dan Negeri Sembilan dan masing-masing empat di Melaka dan Terengganu.

DAP menang 37 kerusi Parlimen iaitu masing-masing tujuh di Pulau Pinang dan Perak, masing-masing lima di Kuala Lumpur dan Sarawak, masing-masing dua di Selangor dan Sabah dan masing-masing satu di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

PKR pula menang 26 kerusi Parlimen iaitu tiga di Kuala Lumpur, masing-masing dua di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Selangor dan masing-masing satu di Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, PAS memenangi 21 kerusi Parlimen iaitu enam di Kelantan, masing-masing dua di Terengganu, Perak dan Selangor dan masing-masing satu di Kedah dan Pahang.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan