BN Bentuk Kerajaan, Peroleh 112 Kerusi Parlimen - Berita Semasa | mStar

BN Bentuk Kerajaan, Peroleh 112 Kerusi Parlimen

Diterbitkan: Isnin, 6 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek ketika mengikuti keputusan terkini Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur awal pagi Isnin. -FotoBERNAMA
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek ketika mengikuti keputusan terkini Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur awal pagi Isnin. -FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menerima mandat pertamanya daripada rakyat untuk menerajui negara sebagai perdana menteri keenam selepas Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti mudah 112 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 awal pagi Isnin.

Keputusan muktamad pilihan raya umum bagi kesemua 222 kerusi Parlimen masih belum diumumkan sepenuhnya.

Ini merupakan saat bersejarah bagi Najib dan negara kerana anak bekas seorang perdana menteri telah berjaya menerajui 13 parti gabungan untuk memenangi pilihan raya umum kali ini yang merekodkan 13.27 juta pemilih berdaftar.

Beliau telah berkempen tanpa mengenal penat lelah di seluruh negara untuk menyakinkan pengundi mengenai transformasi yang berlaku dalam BN dan aku janji dalam manifesto BN yang mendahulukan rakyat dan untuk membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi.

Najib dan beberapa pemimpin parti komponen telah berkumpul di ibu pejabat BN di Menara Dato Onn di ibu negara untuk menunggu keputusan pilihan raya.

BN juga setakat ini mengekalkan kerajaan negeri di Pahang, Perlis, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu dan Sabah.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan