Bapa Adun Pulau Manis Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 6 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Bapa Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Manis, Khairuddin Mahmud, meninggal dunia malam Ahad.

Allahyarham Mahmud Akil, 83, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pekan kira-kira 9.45 malam sebelum Khairuddin, yang ketika itu berada di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini, diumumkan memenangi kerusi DUN berkenaan.

"Perasaan saya bercampur baur, sedih teramat apabila dimaklumkan perkara itu. Saya juga agak terkilan kerana arwah tidak sempat meraikan kemenangan saya ini," katanya di sini Isnin.

Walaupun berdukacita, Khairuddin masih mampu mempamerkan riak tenang dan tetap melemparkan senyuman kepada penyokongnya ketika namanya diumumkan sebagai pemenang.

Katanya, beliau bersyukur kerana dapat menyempurnakan hajat Allahyarham bapanya yang mahu beliau menjadi Adun Pulau Manis, dalam Parlimen Pekan, bagi penggal kedua.

"Dia selalu berpesan kepada saya supaya memikul tanggungjawab dengan baik dan menghargai setiap undi yang saya terima. Saya akan ingat semua pesanannya itu," katanya.

Khairuddin berkata bapanya dimasukkan ke Hospital Pekan petang Sabtu lepas setelah tiba-tiba muntah dan terjatuh di rumahnya lalu pengsan.

"Ayah dimasukkan ke wad kecemasan dan selepas menerima rawatan arwah menunjukkan perkembangan yang positif dan sempat berbual-bual ketika saya datang melawatnya sebelum ini," katanya.

Jenazah Allahyarham Mahmud selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Manis kira-kira jam 11 pagi.

Dalam pilihan raya umum ke-13 pada Ahad, Khairuddin berjaya mempertahankan kerusi DUN Pulau Manis setelah mengalahkan PAS, Othman Bakar dengan majoriti 5,596 undi. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan