Anwar Menang Permatang Pauh Dengan Majoriti Berkurangan

Diterbitkan: Isnin, 6 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti berkurangan sebanyak 3,950 undi berbanding pilihan raya kecil yang dimenanginya pada 2008.

Pada pilihan raya umum ke-13, beliau mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi.

Seorang calon BEBAS Dr Abdullah Zawawi Samsudin hanya mendapat 201 undi.

Anwar memenangi kerusi parlimen itu pada pilihan raya kecil dengan majoriti 15,671 undi selepas isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan