128 Calon Parlimen Hilang Wang Deposit Pada PRU-13

Diterbitkan: Isnin, 6 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 128 calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen hilang wang deposit selepas memperoleh undi kurang satu per lapan daripada jumlah keseluruhan undi, iaitu yang tertinggi pernah dicatat pada pilihan raya umum di negara ini.

Daripada jumlah keseluruhan 579 calon bertanding di kerusi Parlimen, calon Bebas mencatatkan jumlah paling ramai hilang wang deposit, iaitu seramai 75 orang.

Bekas naib ketua Wanita Umno Datuk Kamalia Ibrahim dan penyanyi dangdut era 80-an, Herman Tino, merupakan antara calon yang kehilangan wang pertaruhan mereka.

Kamalia yang membuat kejutan bertanding sebagai calon Bebas untuk merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Perak hanya memperoleh undian sebanyak 447 daripada keseluruhan 28,282 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

Manakala Herman atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, yang bertanding tiga penjuru di Parlimen Tanjong Karang, Selangor, hanya memperolehi 340 undi daripada 37,768 pengundi yang hadir.

Calon perlu mempertaruhkan wang depositi sebanyak RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Di Kuala Terengganu, calon paling tua, Maimun Yusof, 94, yang bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu atas tiket Bebas hanya memperoleh 182 undi.

Turut gagal mempertahankan wang pertaruhan ialah bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar yang bertanding di kerusi Parlimen Tasek Gelugor dan DUN Sungai Dua. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan