TIDAK RASMI: Ahmad Bashah Dahului Di DUN Bakar Bata

Diterbitkan: Ahad, 5 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah mendahului jumlah undi berbanding dua calon lain apabila beliau memperoleh sebanyak 1,106 undi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata.

Keputusan tidak rasmi sehingga pukul 8.20 malam turut menyaksikan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Eekmal Ahmad mendapat 821 undi manakala calon Berjasa, Jawahar Raja Abdul Wahid memperoleh 14 undi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan