Tiada Sebab Pertikai Proses Pilihan Raya - Najib

Diterbitkan: Ahad, 5 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dengan kaedah penggunaan dakwat kekal yang diperkenalkan buat kali pertama oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum ke-13, tiada sebab untuk proses PRU13 dipertikaikan.

Perdana Menteri berkata setakat ini beliau melihat kaedah baharu itu tidak menimbulkan sebarang kesulitan sekaligus yakin proses pengundian hari ini akan berjalan dengan lancar.

"Saya lihat PRU kali ini dengan kaedah baharu ini berjalan dengan begitu lancar, tidak timbul sebarang kesulitan termasuk penggunaan dakwat kekal.

"Jadi tiada sebab mengapa PRU ini nak dipertikaikan oleh sesiapa pun.

"Saya puas hati dengan prosesnya dan saya puas hati dengan kredibiliti PRU kali ini tambahan kita ada pemerhati dari dalam dan luar negara dengan perjalanan (pengundian) yang begitu telus," katanya kepada pemberita selepas mengundi di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Najib juga yakin BN akan mendapat mandat yang besar kali ini dan seluruh rakyat Malaysia akan menerima keputusan yang dibuat hari ini.

"Saya percaya rakyat akan buat keputusan bijak, yang penting adalah tahap keyakinan masa depan negara kita dan kalau mereka (rakyat) buat penilaian, saya yakin berdasarkan pada kemampuan kita selama empat tahun ini, dasar transformasi nasional benar-benar dapat dilaksanakan dengan jayanya," kata beliau.

Menurutnya sekiranya BN diberikan mandat lima tahun lagi untuk memerintah, beliau yakin keadaan ekonomi dan sosial negara akan bertambah baik dalam menuju Wawasan 2020 yang akan tiba tujuh tahun lagi.

"Jika kita dapat mandat untuk lima tahun akan datang, Insya-Allah keadaan negara akan bertambah lebih baik dan menjurus kepada usaha mencapai wawasan negara," kata Najib. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan