Proses Pengiraan Undi PRU-13 Bermula Sejak 5.30 Petang

Diterbitkan: Ahad, 5 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proses pengiraan undi bagi pilihan raya umum ke-13 bermula 5.30 petang setelah kesemua 8,245 pusat pengundian ditutup pada pukul 5 petang di seluruh negara.

Menurut portal rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), www.pru13.gov.my, sebaik sahaja tempat mengundi ditutup, Ketua Tempat Mengundi menutup peti undi dan memeteraikannya dengan cara meletakkan pelekat keselamatan di hadapan ejen mengundi.

Proses pengiraan undi kemudian bermula dengan memotong ikatan penutup peti undi dan mengeluarkan kertas undi untuk dimasukkan ke dalam dulang 'Undi Belum Dikira'.

Seterusnya, kertas-kertas undi dipaparkan di hadapan ejen dan dikira mengikut dulang masing-masing.

Selepas itu, semua kertas undi dimasukkan ke dalam sampul, dimeterai dan dimasukkan ke dalam peti undi yang akan dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.

Sebanyak 80 peratus daripada 12,992,661 pengundi berdaftar mengundi hari ini, peratusan tertinggi pernah dicatatkan dalam pilihan raya umum di negara ini.

Kesemua pusat pengundian dibuka serentak pada 8 pagi di seluruh negara melibatkan 25,337 saluran tempat mengundi, dengan 80 peratus daripadanya membabitkan bangunan sekolah, dewan serba guna dan balai raya. Keputusan pertama dijangka diumumkan kira-kira 7.30 malam ini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan