Polis Ambil Tindakan Jikan Anjur Perhimpunan Selepas Pengundian

Diterbitkan: Ahad, 5 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mana-mana pihak yang menganjurkan perhimpunan atau perarakan selepas proses pengundian pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) pada Ahad bakal berdepan tindakan undang-undang, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 147 Akta Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

"Polis juga melarang kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan '505' daripada membuat sebarang perhimpunan dan perarakan ke Putrajaya," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, Ahad.

Beliau turut meminta orang ramai supaya berwaspada dengan usaha pihak tertentu menyebarkan keputusan PRU13 yang tidak disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Di KELANTAN, perkara sama ditegaskan Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman yang mengingatkan orang ramai supaya tidak mempercayai pengumuman keputusan tidak rasmi PRU-13 bagi mengelak kekeliruan dan huru-hara.

Di LAHAD DATU, lokasi insiden pencerobohan pengganas di pantai timur Sabah baru-baru ini, Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Shamsudin Mat berkata proses mengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian berjalan lancar.

"Saya lihat rata-rata pengundi yang hadir tidak berasa takut memandangkan kita telah menterjemahkan kawalan keselamatan dengan kehadiran anggota polis dan tentera mengawal keselamatan. Keadaan kekal terkawal tanpa dicemari sebarang insiden tidak diingini," katanya kepada Bernama.

Di SEMPORNA, Ketua Polis Daerah Semporna DSP Firdaus Francis berkata pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa menyedari kehadiran anggota pasukan keselamatan yang telah ditambah hari ini. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan