OKU, Warga Emas dan Golongan Muda Bersemangat Keluar Mengundi

Diterbitkan: Ahad, 5 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Biarpun sukar untuk bergerak kerana menghidapi menyakit paru-paru berair, Khalif tidak mahu ketinggalan untuk keluar awal membuang undi.
Biarpun sukar untuk bergerak kerana menghidapi menyakit paru-paru berair, Khalif tidak mahu ketinggalan untuk keluar awal membuang undi.

SEGAMAT: Warga Segamat hari ini kelihatan bersemangat menunaikan tanggungjawab kepada negara dengan keluar mengundi pemimpin dan menentukan kerajaan yang bakal memerintah negara melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bagi seorang penduduk di Buloh Kasap, Khalif Ibrahim, 46, biarpun sukar untuk bergerak kerana menghidapi menyakit paru-paru berair, dia tidak mahu ketinggalan untuk keluar awal membuang undi.

"Saya sudah siap sejak awal pagi lagi, kerana jika petang tentu keadaan lebih sesak.

"Semoga satu undi ini dapat membantu negara, saya memang tidak pernah gagal untuk mengundi sejak sebelum sakit lagi," ujarnya yang dibantu oleh anak-anak untuk ke pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Buloh Kasap, di sini, Ahad.

Sementara itu, seoarang warga emas dan kurang upaya, Vegatapod Appalasamy, 64, berkata terpaksa pulang ke kawasan itu semata-mata untuk mengundi.

"Saya sekarang tinggal bersama-sama anak di Johor Bahru, tapi hari ini saya suruh mereka hantar ke sini untuk mengundi.

"Saya pesara tentera jadi mengundi adalah satu kewajipan bagi saya untuk mengundi walaupun kini kurang sihat," katanya yang tiada sebelah kaki kanan akibat penyakit kencing manis.

Bagi pengundi muda, Chai Soon Peng, 24, yang bekerja di Filipina sanggup pulang ke Malaysia bagi merasai pengalaman pertama mengundi.

"Saya ditugaskan bekerja di Filipina sejak setahun lalu. Saya balik sini pada Khamis lalu kerana nak rasa pengalaman mengundi buat pertama kali," ujarnya.

Pemerhatian mStar Online mendapati beberapa pusat pembuangan undi di kawasan ini berjalan dengan lancar dalam suasana tenang.

Proses pengundian tamat pada pukul 5 petang.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan