Muhyiddin Seru 13 Juta Pengundi Keluar Tunai Kewajipan Mengundi Esok

Diterbitkan: Ahad, 5 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LEDANG: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merayu 13 juta pengundi supaya menunaikan kewajipan dengan keluar mengundi pada pilihan raya umum, Ahad.

Muhyiddin berkata kerjasama para pengundi dari semua kaum amat diperlukan bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) sekaligus memberikan mandat buat pertama kali kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya yakin rakyat Malaysia mengenali Perdana Menteri dan dasar yang dilaksanakan beliau iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' yang sudah membawa impak yang besar kepada negara," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama warga penduduk Felda Sri Ledang, di sini, Sabtu.

Turut hadir, isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang Ismail Mohamed.

Muhyiddin berkata kemenangan BN amat diperlukan bagi negara meneruskan dasar-dasar transformasi yang sudah dilaksanakan memandangkan lima tahun akan datang merupakan tempoh penting untuk Malaysia mencapai status negara maju.

Beliau berkata kerajaan mahu semua rancangan yang disusun berada di landasan yang betul dan perubahan kerajaan sudah tentunya akan merencatkan pembangunan sedia ada.

"Kita harap pengundi bersifat rasional kerana keputusan pilihan raya ini akan menjadi penentu masa depan Malaysia yang kita kehendaki.

"Kalau yakin dengan kemampuan BN, sokonglah BN. Kalau sebaliknya, terserah mereka. Tiada sesiapa yang akan memaksa pengundi menyokong mana-mana parti politik," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan