Kong Mengaku Tewas di Parlimen Lumut

Diterbitkan: Ahad, 5 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha mengaku tewas di tangan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid bagi kerusi Parlimen Lumut.

Kong, yang juga penyandang kerusi dilihat bersalaman sambil mengucapkan tahniah kepada Mohd Imran apabila tiba di pusat penjumlahan undi di Dewan Merdeka pada pukul 10 malam.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Kong tewas dengan 6,000 undi kepada Mohd Imran.

Bercakap kepada pemberita, Kong berkata beliau menerima dan menghormati keputusan yang telah dibuat oleh rakyat.

Beliau turut berterima kasih kepada pengundi yang telah menyokong beliau pada hari pengundian.

"Saya berharap Mohd Imran dapat meneruskan pembangunan di sini selepas ini.

"Saya juga berap dia tidak mengabaikan pembangunan kampung baru Cina di Sitiawan," katanya.

Kong, yang juga wakil rakyat selama tiga penggal berkata beliau tidak pasti akan membuat kemunculan semula di arena politik pada usia sekarang.

"Inilah masanya untuk saya habiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan