Keputusan Rasmi: DAP Menang di DUN Padang Kota & Komtar - Berita Semasa | mStar

Keputusan Rasmi: DAP Menang di DUN Padang Kota & Komtar

Diterbitkan: Ahad, 5 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: DAP telah memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang iaitu kerusi N.26 Padang Kota dan N.28 Komtar.

Calon DAP Chow Kon Yeow memperoleh 9,563 sementara calon BN Ong Tong Keong mendapat 2,357.

Wakil DAP itu memperoleh majoriti 7,196 undi.

Sementara itu di kerusi DUN Komtar turut dimenangi calon DAP, Teh Hai Leng dengan 10,669 undi.

Calon BN Loh Chye Teik mendapat 2,555 undi dan Liew Yeow Hooi daripada PCM memperoleh 25 undi.

Majoriti yang dimenangi DAP ialah 8,114 undi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan