Husam Persoal PM Umum Jumlah Kerusi Akan Dimenangi BN Di TV

Diterbitkan: Ahad, 5 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat pengumuman mengenai jumlah kerusi Parlimen yang diyakini diraih oleh Barisan Nasional (BN) di televisyen.

Husam yang juga calon PAS Parlimen Putrajaya berkata, pengumuman Najib yang disiarkan secara langsung di televisyen pada Jumaat itu dianggap sebagai sejarah negara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Bagaimana Datuk Najib boleh yakin? Sama ada... Datuk Seri Najib nak meyakinkan saki-baki ahli Umno yang bersedia untuk meninggalkan Umno dan Barisan Nasional.

"Mulut dia (Najib) kata dia dapat 142 kerusi (tetapi) air muka dia kata macam kita (Pakatan Rakyat) yang dapat 142 kerusi," katanya ketika berucap di hadapan ribuan hadirin di ceramah perdana di sini, malam Jumaat.

Turut hadir ialah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim dan calon PAS Parlimen Kota Baru, Datuk Takiyuddin Hassan.

Husam berkata, beliau menganggap ucapan Najib itu hanya mempunyai tujuan yang tertentu.

Katanya, dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam pilihan raya sebelum ini tidak pernah muncul dalam televisyen sebelum hari mengundi dan memberitahu mengenai bilangan kerusi yang akan diperoleh BN.

"Kenapa kali ini Datuk Najib terpaksa beritahu rakyat sehingga siaran langsung... berapa kerusi Barisan Nasional?

"Pada umumnya rakyat telah menganggap Barisan Nasional akan kalah (maka) dia kena membangkitkan keyakinan semula rakyat," katanya.

Dilaporkan bahawa dengan sokongan yang terus meningkat daripada semua lapisan rakyat Malaysia dan faktor-faktor positif yang lain, BN yakin kembali memerintah dengan majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Najib berkata, perkembangan di lapangan menunjukkan BN mendapat antara 140 dan 155 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum kali ini.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan