Dakwaan Bawa Pendatang Asing Mengundi Taktik Pembohongan Pembangkang - Muhyiddin

Diterbitkan: Ahad, 5 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LEDANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas dakwaan pembangkang bahawa Barisan Nasional (BN) mengunakan taktik kotor dengan membawa pendatang asing sebagai pengundi hantu bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Ahad ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata tomahan tersebut tidak masuk akal kerana proses pembuangan undi dijalankan mengunakan sistem yang ketat dengan mengesan identiti setiap pengundi yang telah berdaftar.

"Itu satu pembohongan pihak pembangkang yang sudah tertekan, secara logik pendatang asing tidak layak kerana tiada identiti warganegara Malaysia.

"Kalau rakyat Malaysia yang tidak daftar sekalipun tidak boleh mengundi bagaimana mereka ini dikatakan datang untuk mengundi?," katanya pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Felda Sri Ledang, di sini, Sabtu.

Turut hadir Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, calon Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang, Ismail Mohamed dan Pengarah Jentera Pilihan Raya Parlimen Pagoh, Datuk Tahir Taat.

Muhyiddin yang juga penyandang kerusi Parlimen Pagoh berkata pembohongan yang dilakukan pembangkang merupakan strategi terakhir mereka dalam "perang" piihan raya selepas tertekan dengan kekalahan yang bakal mereka hadapi.

"Mereka buat fitnah itu kononnya BN sudah tertekan dan terpaksa menggunakan khidmat pendatang asing untuk mendapatkan undi.

"Pembohongan itu bertujuan agar rakyat percaya dan menganggap BN teruk sangat sehingga guna taktik begitu," ujarnya.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan kepada 13 juta pengundi agar berfikir secara rasional pada Ahad agar memilih pemimpin dan kerajaan yang dapat memberi kemajuan dan bertanggungjawab kepada rakyat.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan