Undi Kali Ke-13, Warga Emas Tetap Perjuang BN

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Usia bukan penghalang bagi warga emas, Tumin Diran,79, (gambar) yang bakal mengundi kali ke-13 pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk turun membantu kempen bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).

Pesara tentera ini mengakui kepentingan dalam memberi kesedaran kepada generasi muda adalah menjadi tanggungjawab kepadanya bagi mempertahankan nasib agama, bangsa dan negara.

"Saya mengundi sejak kali pertama pilihan raya pada tahun 57 ketika itu saya bertugas di hutan. Masa itu rasa sangat bersyukur kerana akhirnya kita dapat membentuk kerajaan sendiri.

"Sebab itu, walaupun saya sudah tua tapi saya tetap mengagahkan diri dalam kempen PRU-13 ini, sedikit sebanyak dapat juga membantu apa yang termampu," katanya ketika ditemui mStar Online, di sini, Sabtu.

Tumin bakal mengundi di pusat pembuangan undi di Sekolah Agama Batu 5 bakri ini turut menzahirkan rasa kesal terhadap generasi muda hari ini yang cenderung kepada pembangkang.

"Saya sedih dengan sikap mereka seolah-olah melupakan jasa perjuangan pemimpin terdahulu yang berjuang mendapatkan kemerdekaan negara.

“Saya juga sering beritahu dan kongsi pengalaman keperitan hidup ketika negara dijajah British dan komunis,” katanya.

Kata Tumin, keadaan yang sama (zaman penjajah) mungkin boleh berulang jika pembangkang mengambil alih negara kerana pendekatan yang digunakan keterlaluan dan berunsur perkauman.

Beliau yang juga Ketua Perhubungan Umno kampung berkenaan berkata, golongan muda juga perlu mendapatkan pandangan serta nasihat daripada golongan tua mengenai senario politik negara.

“Perjalanan mereka masih jauh, mereka perlu mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara untuk masa depan bangsa Melayu yang lebih terjamin pada masa akan datang.

“Sebelum merdeka, hak orang Melayu dipinggirkan. Pada hari ini, mereka berada pada tahan yang baik hasil pemerintahan kerajaan BN, sewajarnya kita mempertahankan apa yang dimiliki ketika ini,” katanya.

Mengimbau kekalahan BN pada pilihan raya lalu, beliau tidak dapat menyembunyikan perasaan marah apabila Parlimen Bakri yang sebelum ini salah satu kubu kuat BN telah terlepas ke tangan pembangkang.

“Saya mahu rakyat di sini bersatu hati memilih BN supaya dapat merampas semula parlimen ini. Jangan lihat calon yang bertanding tetapi pilih parti yang mampu membela nasib rakyat.

“Golongan muda perlu mencontohi semangat yang ada pada pemimpin juga ahli vateran yang sentiasa membara dengan semangat perjuangan untuk anak bangsa,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan