Sempadan M'sia-Thailand Terkawal, Tiada Laporan Pengundi Hantu - Mohamad Zaki

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Keadaan sempadan Malaysia-Thailand ketika ini masih terkawal dan tiada laporan mengenai 'pengundi hantu' yang memasuki negara ini.

Panglima Briged Kelapan Infantri, Brig Jen Datuk Mohamad Zaki Hamzah berkata, tidak ada pergerakan luar biasa yang diperhatikan sejak beberapa hari lalu.

"Saya belum lagi dapat laporan berkenaan perkara yang tidak diingini berlaku. Tetapi tangkapan masih dilakukan iaitu (berkaitan) beras, minyak, tepung dan pakaian yang biasa digerakkan dari Malaysia ke Thailand atau dari Thailand ke Malaysia.

"Sekiranya ada orang-orang yang nak lalu pangkalan haram (untuk masuk ke Malaysia), kita akan nasihatkan mereka supaya lalu di ICQ (Kompeks Imigresen, Kastam dan Kuarantin)," katanya pada sidang media di Markas Briged Kelapan, Pengkalan Chepa dekat sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan terdapat dua warga Thailand yang ditahan oleh anggota keselamatan atas cubaan memasuki Malaysia melalui pangkalan haram untuk menjadi 'pengundi hantu' pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Mohamad Zaki berkata, Malaysia sentiasa bekerjasama dengan negara jiran itu dari aspek keselamatan.

"Tidak semestinya kerjasama itu hanya pada pilihan raya. Ini juga kerjasama dengan semua agensi keselamatan, sentiasa ada. Kita sentiasa mengadakan operasi," katanya.

Sehubungan itu Mohamad Zaki berkata, beliau berharap agar isu sempadan tidak dipolitikkan kerana adalah menjadi tanggungjawab bagi anggota keselamatan untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Dalam perkembangan lain, Polis Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang tinggal di sempadan Thailand, yang mempunyai dua kad pengenalan melintasi sempadan secara haram.

Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk menahan golongan terbabit dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang turut menjaga perairan di negeri ini, melalui Ops Merpati dan Wawasan.

“Sekiranya kita dapat mengesan individu berkenaan, maka mereka akan dikenakan tindakan di bawah Akta Imigresen memandangkan perkara ini serius lebih-lebih lagi menjelang PRU-13 yang berbaki sehari sahaja lagi," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan