Penyokong Parti Dilarang Konvoi Bermotosikal Esok

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis Perak melarang penyokong parti politik melakukan konvoi bermotosikal bagi mengelak berlaku kekacauan, sekali gus menganggu-gugat proses pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 pada Ahad.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata polis menerima banyak aduan daripada pengguna jalan raya mengenai perkara itu kerana ia menimbulkan kesesakan lalu lintas.

"Polis akan mengambil tindakan segera terhadap mereka (penyokong) sekiranya timbul kekecohan sehingga menimbulkan ketegangan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Sabtu.

Mohd Shukri mengingatkan penyokong parti supaya tidak melakukan provokasi jalanan sehingga menimbulkan ketakutan kepada pengundi.

Katanya polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut Akta Jalan Raya 1987 terhadap mereka yang masih berdegil.

"Polis sentiasa memantau keadaan bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar, dan meminta pengundi tidak merasa sangsi terhadap keselamatan mereka kerana jentera PDRM berada dalam keadaaan siap siaga," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sejak pembubaran Parlimen pada 3 April lepas, polis menerima 412 laporan dan 12 tangkapan dilakukan bersabit kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya 154 dan 435 Kanun Keseksaan.

Katanya kes khianat, mengoyak dam membakar poster dan bendera parti, perselisihan faham serta mengadakan ceramah tanpa permit, merupakan antara laporan yang paling banyak diterima. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan