Panglima Angkatan Tentera Nafi Dakwaan Pegawai TUDM Lapor Polis Dakwat Kekal Ditukar Serta-Merta

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR MAS: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pada Sabtu menafikan dakwaan mengenai seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikenakan tindakan ditukarkan serta-merta berikutan tindakannya membuat laporan polis berhubung isu dakwat kekal yang tidak kekal.

Sebaliknya, beliau berkata, pegawai berkenaan hanya ditempatkan sementara di Markas TUDM di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur bagi memastikan lembaga penyiasatan dapat menjalankan siasatan dengan lancar.

"Kami pihak pengurusan TUDM telah mengarahkan satu lembaga penyiasatan supaya dilaksanakan. Untuk membolehkan lembaga penyiasatan dilaksanakan secara mantap, beliau (pegawai) telah ditumpangkan ke markas tentera udara untuk seketika sehinggalah penyiasatan ini selesai.

"Bukan beliau ditukarkan daripada pasukan sekarang. Bila ditumpangkan, ia bersifat sementara, bukannya tetap," katanya pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Dan Ramah Mesra Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Parlimen Pasir Mas bersama Panglima ATM di Kolej Vokasional Pasir Mas, Bunut Susu dekat sini, Sabtu.

Dilaporkan, laporan polis yang dibuat oleh pegawai TUDM yang berpangkat mejar dan berpangkalan di Butterworth itu kerana dakwat kekal yang dicalit di jari telunjuk tangan kirinya semasa pembuangan undi awal pada 30 April lalu didapati luntur apabila di basuh dengan sabun dan pencuci tangan.

Zulkifeli berkata, penempatan sementara pegawai berkenaan berkuatkuasa pada Isnin ini dan akan berkhidmat seperti biasa.

"Kita melaksanakan lembaga penyiasatan itu untuk menentukan apakah tindakan ketidakpuashatian beliau dan bagaimana beliau melaporkannya kepada polis. Kita akan siasat bagi mencari punca sebenarnya," katanya.

Ditanya mengenai tempoh penyiasatan yang dibuat, beliau berkata, ia mungkin akan mengambil masa sebulan.

"Ia (siasatan) berperingkat-peringkat. Ada peringkat pertama, dan sekarang di peringkat kedua. Selepas ini ke peringkat untuk dirumuskan pula," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan