Ibu Husam Musa Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ibu kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Salma Idris meninggal dunia sehari sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) diadakan pada Ahad.

Laporan di laman web Harakah daily memberitahu solat jenazah untuk Allahyarham akan disempurnakan selepas solat Asar petang Sabtu di Masjid Kota, Salor, Kota Baru, Kelantan.

Husam yang merupakan calon PAS di kerusi Parlimen Putrajaya turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor.

“Pemergian Bonda memilukan saya, namun takdir ini saya anggap pembuka kemenangan saya dan Rakyat Malaysia yang dahagakan Malaysia Baru yang Bersih, Adil & Berjiwa Rakyat,” kata Husam di laman Facebook beliau.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan