Gempa Bumi Sederhana Landa Utara Laut Maluku

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Utara Laut Maluku pada 2.27 petang Sabtu.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini menyebut gempa bumi itu berpusat di 136km barat laut Ternate, Indonesia dan 955km tenggara Semporna, Sabah.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan