Anggota BN Perlu Belajar Daripada Kesilapan Lampau - Tun Daim

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JEMPOL: Menjelang hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 pada Ahad, anggota jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan agar tidak mengulangi kesilapan pada pilihan raya umum 2008 sehingga mewujudkan pergaduhan dan tindakan sabotaj sesama sendiri.

Bekas Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas Tun Daim Zainuddin berkata kekalahan BN di beberapa negeri pada pilihan raya umum ke-12 akibat wujudnya perasaan tidak puas hati di kalangan anggota BN terhadap calon.

"Saya yakin BN akan terus memerintah negara ini tetapi dengan syarat Umno, MCA, MIC dan parti-parti komponen BN yang lain bekerjasama dan bertolak ansur sesama sendiri," katanya ketika memberi ceramah di bilik gerakan BN Felda Raja Alias 4 di sini malam Jumaat.

Daim berkata ramalannya bahawa BN bakal kalah di beberapa negeri pada tahun 2008 pada mulanya tidak dipercayai banyak pihak pada masa itu tetapi akhirnya terbukti benar kerana pandangannya dibuat berdasarkan fakta.

Mengenai pakatan pembangkang, Daim berkata sudah terbukti mereka gagal membangunkan negeri yang dimenangi pada PRU ke-12 akibat kelemahan dari segi kerjasama antara tiga parti yang berbeza fahaman politik.

"Tiga parti pembangkang ini hanya bekerjasama untuk menang dalam pilihan raya, tetapi setelah mereka menang pada PRU ke-12, mereka tidak melakukan sebarang usaha dan tindakan untuk memakmurkan ekonomi dalam mempertingkatkan taraf kehidupan rakyat di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka," katanya.

Sehubungan itu, Daim berkata para pengundi tidak harus terpedaya dengan pelbagai janji yang ditawarkan pakatan pembangkang pada sepanjang kempen pilihan raya ini kerana sudah terbukti mereka tidak melaksanakannya setelah memenangi pilihan raya yang lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan