Saipolbahri Nafi Tohmahan Calon Bebas - Berita Semasa | mStar

Saipolbahri Nafi Tohmahan Calon Bebas

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Naning Datuk Saipolbahri Suib menganggap tohmahan calon Bebas yang juga bekas ahli Umno, Md. Ghazali Salamun terhadapnya bertujuan untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata, dakwaan tidak berasas yang disebarkan tidak akan mempengaruhi pengundi kawasan tersebut kerana penjelasan sebenar sudah diberikan.

"Calon Bebas itu timbulkan isu saya bukan anak tempatan. Ini tidak benar kerana saya adalah anak watan yang dilahirkan di Parti Baru, Batu 18, Air Hitam, dekat sini dengan nombor surat beranak 248098.

"Dikatakan saya tidak layak menjadi calon kerana memegang banyak jawatan. Ini juga tidak benar kerana jawatan saya sebagai Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Pengerusi Ahli Jemaah Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) bukan satu halangan.

"Sebaliknya menjadi pemangkin kepada usaha mentransformasi penduduk DUN Bukit Naning yang majoritinya peladang. Ini menjadi wadah mempercepatkan usaha transformasi pertanian di kawasan itu," katanya.

Saipolbahri yang juga Ketua Umno Bahagian Bakri berkata, calon Bebas tersebut telah menyebarkan risalah-risalah kepada pengundi DUN berkenaan sejak kempen bermula.

Beliau yang bertanding tiga penjuru termasuk calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, sepatutnya semua pihak bertanding secara sihat dan membidas tindakan Md. Ghazali yang mengkhianati perjuangan Umno kerana bertanding atas tiket Bebas bagi memecah undi.

Jelas Saipolbahri, Md. Ghazali boleh disifatkan sebagai cakap tidak serupa bikin kerana sebelum ini menyatakan kesediaan menyokong parti sebaliknya merajuk apabila tidak terpilih sebagai calon dan mengkhianati perjuangan parti.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan