Rozali Janji Bantu Pastikan Akujanji Air Percuma BN Di Selangor Tertunai

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KUBU BAHARU: Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Tan Sri Rozali Ismail berjanji akan membantu dalam memastikan akujanji air percuma dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor ditunaikan jika BN diberikan mandat meneraju negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad ini.

Beliau percaya berdasarkan kandungan akujanji itu yang lebih menyeluruh dan sejarah urusan syarikat itu dalam pelbagai urusan dengan kerajaan persekutuan yang berjalan lancar, akujanji itu mampu dinikmati seluruh rakyat Selangor berbanding janji air percuma pembangkang yang tidak ditepati.

"Kita tengok rakyat Selangor yang pakai meter pukal tak dapat air percuma itu, jadi janji tinggal janji. Kalau ikhlas nak bagi (air percuma) apa salahnya tukar meter itu.

"Manifesto BN Selangor terkandung tukar meter bekalan air pukal kepada meter individu secara percuma, ini dapat pastikan semua rakyat dapat air percuma itu. Inilah akujanji pemimpin yang tahu amanah menjaga rakyat," katanya kepada pemberita di Kampung Bahagia, Felda Gedangsa di sini malam Khamis.

Beliau sebelum itu menghadiri Majlis Ramah Mesra Calon BN yang turut dihadiri Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam Datuk Rosni Sohar dan Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Datuk Zainal Abidin Sarkom.

Manifesto BN Selangor yang dibentangkan 17 April lepas antara lain berjanji meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu dan membiayai kos menukar meter bekalan air pukal kepada meter individu secara percuma.

Sementara itu, Rozali berkata secara peribadinya beliau telah melihat kesengsaraan rakyat Selangor akibat kegagalan kerajaan negeri mengatasi isu air di negeri itu, dan menasihatkan rakyat memilih parti yang mampu menyelesaikan masalah, bukan parti yang hanya tahu berjanji.

"Sampai hati mereka (kerajaan negeri Selangor) kata ini semua hanya sandiwara dan krisis air ini dibuat-buat untuk raih sokongan rakyat. Mana boleh suka hati sandiwara, saya dan staf Syabas bertungkus-lumus siang malam tolong rakyat Selangor hadapi masalah air ini... adakah sandiwara juga?

"Kami buka seluasnya peluang kerjasama atasi masalah ini, tetapi hanya kerajaan persekutuan ikhlas bincang dengan kami selesaikan masalah ini. Mereka (kerajaan negeri Selangor) kata nak buat loji tambahan dan nak guna teknologi dari Eropah untuk selelsaikan masalah ini, tapi sampai sekarang tiada," katanya.

Beliau berkata rakyat perlu memilih pemimpin yang ikhlas berkhidmat untuk rakyat bukan pemimpin yang hanya tahu mencari kesalahan orang lain dan menabur fitnah bagi mendapatkan sokongan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan