Projek Rumah Rakyat Bukan Modal Kempen PRU-13 Kerajaan PAS Kelantan - Takiyuddin

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kerajaan PAS Kelantan menafikan projek perumahan rakyat mampu milik yang akan dibina di sini sebagai modal kempen untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, projek berkenaan sudah pun diluluskan sejak Disember tahun lalu, lebih awal sebelum Parlimen dibubarkan pada 3 April.

"Masa itu 'bau' pilihan raya tak ada lagi. Ini adalah projek yang kita umumkan kebetulan sekarang ini (pilihan raya).

"Kalau nak kata ini satu projek yang kita buat semata-mata untuk pilihan raya, itu tak betul," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Projek Perumahan Rakyat Mampu Milik di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai banyak pihak mempersoalkan mengenai projek perumahan itu dilihat sebagai model kempen PRU-13.

Takiyuddin yang juga calon PAS Parlimen Kota Baru berkata, projek perumahan rakyat mampu milik itu diumumkan pada 3 Mac lalu, akan dibina di atas tanah berkeluasan 5.24 ekar di Kota Baru.

Katanya, ia merupakan dua blok bangunan setinggi 15 tingkat yang melibatkan 420 unit kediaman dengan setiap unit mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air.

"Kos untuk bina 420 unit ialah RM50.3 juta. Jika dikira, kosnya ialah RM160,000 seunit tetapi dijual pada RM70,000 sahaja dengan subsidi RM90,000.

"Bagi 54 keluarga yang duduk di kawasan ini, mereka diberi keistimewaan, ditawarkan hanya RM50,000 sahaja dengan subsidi RM110,000 dan kita akan membina rumah transit untuk mereka sementara projek itu siap dibina," katanya.

Beliau menambah, projek perumahan itu menunjukkan dasar kerajaan negeri bukan berorientasikan untung semata-mata tetapi turut mengutamakan kepentingan rakyat.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan