Petugas SPR Bawa Kertas Undi Belum Diguna Untuk Semakan - Polis Perak

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis Perak pada Jumaat mengesahkan kertas undi yang dibawa keluar petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Khamis adalah kertas undi yang belum digunakan.

Jurucakap media pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) kontinjen Perak Supt Maszely Minhad berkata tindakan itu untuk tujuan semakan dan dibenarkan seperti yang dinyata dalam buku panduan pegawai pengurus, bab enam para dua di bawah tajuk 'menyemak keperluan dokumen dan peralatan pilihan raya oleh ketua tempat mengundi'.

"Kertas undi dalam kotak itu bukan kertas undi awal...ia adalah kertas undi yang belum digunakan untuk tujuan semakan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Jumaat.

Katanya kejadian itu adalah salah faham dan polis tidak membuka kertas siasatan mengenai kes berkenaan.

Pada Khamis, seorang calon daripada parti yang bertanding membuat laporan polis kira-kira pukul 2.30 petang, mengenai tindakan pihak SPR mengarahkan petugasnya mengeluarkan kotak-kotak berisi kertas undi di IPD Manjung.

Dalam kes berasingan, seorang pekerja kedai makan berumur 30 tahun cedera pada bahagian muka, mata kanan, hidung dan dahi akibat dipukul beberapa lelaki lain di Dataran Malim Nawar, Kampar dekat sini, Khamis.

"Mangsa dalam konvoi motosikal dari pekan Malim Nawar menuju Dataran Malim Nawar. Sebaik tiba di dataran mangsa dapati ada sebuah motosikal jatuh dan mangsa cuba menolong namun sebaliknya mangsa dipukul oleh beberapa orang lelaki," katanya.

Beliau berkata polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan