Pakatan Rakyat Guna Taktik Kotor Kerana Terdesak - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Susulan Pakatan Rakyat menyedari hakikat ia tidak boleh memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) ini, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan mereka kini terdesak sehingga sanggup menggunakan taktik kotor untuk memenuhi impian mereka.

Perdana Menteri berkata Pakatan Rakyat sengaja mewujudkan suasana ketakutan dan rasa tidak selamat di kalangan orang awam menjelang PRU-13 supaya mereka tidak keluar mengundi Ahad ini.

Beliau berkata ini sengaja dilakukan kerana Pakatan Rakyat tidak yakin akan menang, justeru mereka melakukan sesuatu apabila keputusan pilihan raya tidak memihak mereka.

"Sebab dia tahu jika ramai penggundi tidak keluar mengundi nanti, ini akan menjejaskan peluang BN kerana biasanya kalau tahap pengundi itu tinggi, ia akan memihak kepada BN," kata beliau pada program Mandat 2013 yang disiarkan di TV3 malam ini.

Beliau ditemu bual oleh Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad Datuk Ahmad A Talib dalam program satu jam itu.

Kempen pilihan raya umum (PRU) kali ini dipenuhi dengan kes-kes keganasan termasuk letupan bom di ceramah Barisan Nasional (BN) di Pulang Pinang dan beberapa kes serangan terhadap petugas BN.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata Pakatan Rakyat juga telah menpengaruhi dan mengeksploit masyarakat antarabangsa untuk memandang serong terhadap proses PRU di Malaysia dan menidakkan keputusan PRU nanti. "Sekiranya mereka kalah, mereka dah 'mind-conditioned' (pengaruhi fikiran)rakyat dan melalui media antarabangsa bahawa kononnya berlaku penipuan dan mereka nak 'discredit' (pertikai) proses PRU di Malaysia dan keputusan PRU kita nanti. "Dia nak nafi kemenangan kita dari segi moral "and it's not a moral victory" (dan bukannya kemenangan moral) sebab kononnya kita lakukan pembohongan," katanya.

Beliau berkata ada maklumat mengenai penyediaan manual oleh ejen-ejen untuk melatih pekerja parti Pakatan Rakyat untuk menimbulkan kekecohan.

Dalam itu, Perdana Menteri turut menasihatkan orang ramai supaya jangan takut, khasnya untuk keluar mengundi kerana pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis telah bersiap-sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan daripada pihak-pihak yang sengaja menimbulkan kekacauan pada hari mengundi.

Najib menafikan dakwaan Pakatan Rakyat kononnya BN ada perancangan untuk mengeksploit peristiwa 13 Mei 1969 dan turut menafikan BN ada menyebarkan mesej-mesej yang bertujuan menimbulkan kebencian orang ramai terhadap BN.

"Kita tak sebodoh itu. Takkan kita nak hantar mesej yang rosakkan kita," katanya.

Beliau berkata Pakatan Rakyat juga mahu menidakkan kredibiliti dan ketelusan SPR dalam mengadakan PRU walaupun ia telah menjalankan pelbagai pembaharuan termasuk mengguna pakai 15 cadangan Pakatan Rakyat dalam penambahbaikan sistem pilihan raya di negara ini.

Katanya seperti kes isu dakwat kekal yang tertanggal semasa penggundian awal oleh anggota keselamatan 30 April, ia hanya kes terpencil, tetapi telah digambarkan seakan ia adalah muslihat BN untuk menipu.

SPR juga telah menjelaskan ia adalah kesilapan teknikal berikutan dakwat itu tidak digoncang dengan betul, katanya.

Najib juga menyifatkan sebagai mainan politik Pakatan Rakyat apabila menyentuh mengenai isu kononnya BN menyewa kapal terbang untuk membawa pengundi hantu dari Sabah dan Sarawak untuk mengundi di Semenangjung Malaysia.

Tegasnya isu pengundi hantu tidak timbul kerana senarai daftar SPR telah ditentukan kesahihannya dan ia sepatutnya juga tidak menjadi isu kerana ia adalah hak rakyat Malaysia yang menjadi pengundi luar untuk balik mengundi. "Ada sesetengah orang itu dari Semenanjung dan mereka bekerja di Sabah dan Sarawak dan ada juga orang dari Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung. "Waktu mengundi mereka mahu balik mengundi, mahu menggunakan hak mereka mengikut Perlembagaan, adakah itu satu kesalahan?" katanya.

Menyentuh isu lain, Najib berkata Pakatan Rakyat juga tidak sedemokratik seperti yang digambarkan.

Mengambil contoh kes pelakon antarabangsa terkenal Datuk Seri Michelle Yeoh yang telah dikutuk hebat kerana menyokong kepimpinannya secara terbuka, Najib berkata ia jelas membuktikan pembangkang cakap tidak serupa bikin kerana dalam mahu menjuarai isu demokrasi tidak dapat menerima apabila orang lain tidak menyokongnya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan