Majlis Pembangunan Pagoh Ditubuhkan - Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Majlis Pembangunan Pagoh akan ditubuhkan bagi membincangkan hal-hal berkaitan masa depan kawasan tersebut jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat sekali lagi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia merupakan salah satu usaha menjadikan kawasan tersebut sebagai parlimen termaju di negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Kita akan tubuhkan Majlis Pembangunan Pagoh yang akan di wakili orang Melayu, Cina, India dan Tok Batin.

"Ia juga sebagai pusat di mana semua penduduk kampung untuk beri cadangan kepada kemajuan Pagoh dan apa lagi yang perlu diwujudkan untuk kawasan ini," ujarnya pada Majlis Sarapan Bersama Masyarakat di Kedai Kopi Keng Hwa, di sini, Jumaat.

Turut hadir Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Pengarah Pilihan Raya Parlimen Pagoh, Datuk Tahir Taat, calon Barisan Nasional DUN Bukit Serampang, Ismail Mohammad.

Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Pagoh berkata, ia bertujuan memberi peluang kepada masyarakat kawasan itu bersama-sama menyumbang idea membina pembangunan dan kemajuan di kawasan ini.

Setakat ini, beberapa projek berkaitan Hab Pendidikan Pagoh sudah dijalankan dan dijangkakan empat buah universiti akan siap dibina dalam tempoh empat tahun akan datang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan