Kotak Tertera Tulisan Bom Ditemui Dekat Bilik Gerakan DAP Di Jinjang Utara - Berita Semasa | mStar

Kotak Tertera Tulisan Bom Ditemui Dekat Bilik Gerakan DAP Di Jinjang Utara

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Skuad pemusnah bom sedang memeriksa kotak tersebut.
Skuad pemusnah bom sedang memeriksa kotak tersebut.

KUALA LUMPUR: Sebuah kotak tertera tulisan bom ditemui di luar bilik gerakan DAP di Jinjang Utara di sini, Jumaat.

Seorang jurucakap polis berkata, bahan letupan itu ditemui di dalam sebuah kotak yang berisi tin biskut.

Skuad pemusnah bom memusnahkan bahan letupan itu dengan meletupkannya selama tiga kali antara pukul 11 pagi hingga 11.45 pagi.

Kotak tersebut ditemui oleh seorang pekerja parti itu kira-kira pukul 7.30 pagi.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan maklumat tersebut.

Katanya, orang ramai telah diarahkan untuk mengosongkan kawasan itu.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan