Kit Siang -Salahuddin Tidak Mampu Bangunkan Johor Kerana Matlamat Politik Berbeza - Hishammuddin

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Gandingan penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub tidak akan mampu membangunkan Johor kerana matlamat perjuangan politik mereka adalah berbeza, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Semberong berkata, kedua-dua pemimpin pembangkang terbabit memegang perjuangan politik yang amat berbeza antara satu sama lain.

"Kedua-dua mereka memegang perjuangan politik yang berbeza dan saya lihat gandingan mereka berdua tidak dapat menjamin kestabilan di Johor. Jikalau isu Hudud pun tidak boleh selesai, bagaimana mereka hendak membangunkan Johor," katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian pada majlis ramah mesra dengan penduduk Felda Ulu Penggeli bersama-sama calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kahang R.Vidyanathan di sini.

Menurut Hishammuddin, bukan sahaja Kit Siang dan Salahuddin tidak akan dapat menjamin kestabilan politik di Johor, mereka juga tidak berkemampuan membangunkan Johor. "Kita lihat Johor membangun dengan pesat dan menerima pelaburan luar yang besar. Jikalau kedua mereka tidak dapat memastikan keamanan di Johor, adalah jauh sekali mereka dapat memastikan pembangunan di Johor," katanya.

Beliau menasihatkan pengundi di Gelang Patah yang akan ditandingi oleh Kit Siang menentang calon BN, Datuk Abdul Ghani Othman, supaya tidak terikut-ikut dengan perasaan emosi dan sebaliknya memikirkan tentang masa depan pembangunan Johor.

Salahuddin yang pada pilihan raya umum 2008 bertanding di Parlimen Kubang Kerian, Kelantan pula akan bertanding di Parlimen Pulai dan kerusi DUN Nusajaya.

"Perkara ini bukan main-main. Kita kena tengok siapa yang tawarkan diri di Gelang Patah bukan sahaja di kerusi Parlimen tetapi juga kerusi DUN, jangan bezakannya," katanya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Johor diibaratkan sebagai tarikan kepada pelabur-pelabur dalam dan luar negara dengan projek Iskandar Malaysia sahaja telah menerima pelaburan RM115 bilion sejak dilancarkan pada akhir tahun 2006. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan