Kerajaan Kelantan Bidas Kenyataan Kad Laporan Gred F - Berita Semasa | mStar

Kerajaan Kelantan Bidas Kenyataan Kad Laporan Gred F

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kerajaan negeri Kelantan pada Jumaat membidas kenyataan bahawa kad laporannya dari segi prestasi pembangunan di negeri itu adalah gred 'F'.

Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pembangunan negeri boleh dilihat secara fizikal sama ada projek itu dilaksanakan oleh kerajaan negeri sepenuhnya, usahasama dengan pihak swasta atau 100% oleh pihak swasta tetapi diluluskan kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri menyanggah sekeras-kerasnya apa-apa kenyataan yang menyatakan bahawa kita gagal, dapat gred F dalam usaha kita membangunkan negeri Kelantan.

"Tidak boleh dinafikan terdapat perbezaan begitu besar dari segi gred sejak kita mula mengambil alih negeri ini pada tahun 1990, banyak tanah kerajaan dan tanah persendirian yang tidak dibangunkan dalam tempoh lebih 20 tahun sudah pun dibangunkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Projek Perumahan Mampu Milik di sini, Jumaat.

Turut hadir ialah Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Rabu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi gred 'F' kepada kad laporan Kerajaan Kelantan dari segi pembangunan negeri itu di bawah pemerintahan PAS selama 23 tahun.

Takiyuddin yang juga calon PAS Parlimen Kota Baru berkata, pembangunan itu turut melibatkan kawasan hutan meskipun kerajaan negeri dikatakan bermasalah kerana melakukan pembalakan yang tidak terkawal.

Sebenarnya, katanya, ia tidak benar kerana aktiviti pembalakan itu merupakan salah satu daripada sumber pendapatan utama Kelantan.

"Sebab itu pembalakan perlu dilaksanakan tetapi berdasarkan kuota yang ditetapkan oleh Majlis Perhutanan Negara. Tak lebih daripada itu (kuota). Kerajaan negeri juga mempunyai perancangan untuk perhutanan semula," katanya.

Menurut Takiyuddin, kemungkinan salah tafsiran terhadap pembangunan Kelantan oleh sesetengah pihak yang mempunyai motif tertentu.

"Sebab kalau tengok dari segi fizikal, tiada siapa boleh persoalkan yang kita telah pun menunjukkan prestasi yang baik dengan kemampuan yang kita ada," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan