Keluar Undi Pagi Ahad, Bawa Kad Pengenalan - Pengerusi SPR

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: "Keluar pagi untuk mengundi dan jangan lupa bawa kad pengenalan."

Itulah pesanan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf kepada para pengundi yang akan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Ahad ini.

Beliau berkata mereka sewajarnya keluar mengundi awal berikutan ramalan cuaca mendapati pada pagi Ahad, cuaca dijangkakan baik manakala hujan atau ribut petir berlaku pada sebelah petang di sesetengah negeri.

Bagi pengundi yang telah berpindah dan menukar alamat pada kad pengenalan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetapi tidak memohon untuk menukar alamat pusat mengundi, mereka masih layak mengundi, katanya pada sidang berita di ibu pejabat SPR di sini Jumaat.

"Undang-undang jelas mengatakan mengundi adalah berdasarkan nama seseorang pengundi itu didaftarkan. Apabila mendaftar sebagai pengundi, namanya kekal di situ sehinggalah pengundi itu memohon untuk menukar alamat pusat mengundi dengan SPR.

"Bagi pengundi seperti ini, mereka boleh menyemak maklumat pengundian mereka untuk mengesahkan tempat mengundi masing-masing," katanya.

Pengundi juga boleh menelefon pusat panggilan SPR 03-88856565 atau hadir sendiri ke ibu pejabat SPR di Putrajaya atau pejabat pilihan raya negeri.

"Pada hari mengundi, semakan juga boleh dibuat di barung-barung SPR yang disediakan di pusat-pusat mengundi," katanya.

Abdul Aziz berkata pengiraan undi bagi pilihan raya umum itu akan dibuat di tempat mengundi dan bukannya di tempat penjumlahan rasmi undi, selepas proses pengundian tamat pada 5 petang.

Beliau berkata semasa proses mengira undi dijalankan, ejen-ejen calon akan berada di tempat mengundi itu untuk memerhati proses pengiraan undi.

"Proses pengiraan undi juga boleh disaksikan oleh pemerhati dari dalam dan luar negara yang dilantik oleh SPR," katanya.

Abdul Aziz berkata SPR juga menerima laporan bahawa ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah dilantik oleh pihak tertentu untuk memantau proses pilihan raya, namun beliau berharap NGO terbabit tidak menganggu proses pengundian, dan wakilnya dilarang memasuki pusat-pusat mengundi atau mengganggu pengundi.

Selain itu, katanya ejen calon yang bertugas pada hari mengundi di tempat mengundi juga tidak dibenarkan memakai pakaian yang menunjukkan lambang parti, gambar dan nama calon berikutan tempoh kempen sudah tamat pada malam Sabtu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan