Jangan Undi Bekas Ahli BN - TPM

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LEDANG: Rakyat diingatkan agar tidak memberi undi kepada bekas ahli Barisan Nasional (BN) yang berpaling tadah dengan bertanding atas tiket Bebas.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada ruang dan simpati kepada mereka yang mengkhianati parti biarpun pernah menjadi wakil rakyat ketika bersama BN.

"Beri tamparan mati pada semua calon bebas, tiada istilah rakan BN, saya nak jelaskan hari ini mereka bukan lagi ahli Umno, mereka menentang kita, apabila mereka tentang kita mereka adalah musuh kita.

"Jawatankuasa Disiplin dah pecat mereka, jangan bagi simpati pada mereka," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia dan Pelancaran Gelombang Biru Wanita BN Ledang di Stadium Foong Yoon Kong, di Bukit Gambir, dekat sini, Jumaat.

Turut hadir calon BN bagi Parlimen Ledang, Ir. Hamim Samuri, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir, M. Asojan serta calon DUN Serom, Abdul Razak Minhat.

Kata beliau, dalam menghadapi situasi pilihan raya ini, tiada maaf atau istilah kasihan akan diberikan pada mana-mana calon bebas hanya kerana pernah bersama BN dan mereka dianggap sebagai musuh nombor satu.

Muhyiddin yang bertanding mempertahankan Parlimen Pagoh berkata, ramai ahli BN serta Umno yang menganggap mereka boleh membiarkan calon bebas atas dasar kasihan.

"Kalau kasihan parti kalah, mana maruah kita, jangan bagi satu pun undi (pada mereka). Tiada istilah rakan BN, tiada simpati pada mereka yang tentang kita. Fikirkan soal nasib parti kita," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan rasa bangga kerana gelombang biru kini berada di mana-mana dan diterima baik rakyat seluruh negara dengan sambutan luar biasa.

"Memang tidak diduga (sambutan gelombang biru) bukan dalam kalangan orang Melayu tetapi kaum lain juga. Kita harap BN akan sekali lagi diberi kepercayaan (sebagai kerajaan Pusat) di Putrajaya dan (kerajaan negeri) di Nusajaya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan