Jangan 'Dipatuk Ular Dua Kali' - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mengingatkan rakyat Selangor supaya tidak tertipu dan terpedaya untuk kali kedua dengan janji kerajaan negeri seperti yang ditaburkan pada pilihan raya umum (PRU) 2008.

Perdana menteri berkata Barisan Nasional (BN) mampu membawa kemajuan yang lebih hebat berbanding janji-janji kosong yang tidak menjamin masa depan Selangor sebaliknya membawa kekecewaan kepada rakyat. "Kita minta rakyat sokong BN kerana apa, kerana kita telah lakukan perubahan besar dalam negara. Kita tidak janji kosong. "Saya ingin tanya pembangkang di Selangor, apa jadi dengan janji 2008? Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan kepada semua mukmin agar mereka tidak dipatuk ular dua kali di lubang yang sama.

"Cukuplah sekali kena patuk, jangan dua kali. Jika kita dibenarkan ditipu, bermakna kita kena tipu sekali lagi. Saya yakin orang Puchong tidak akan benarkan ular itu patuk dan tipu kita dua kali," kata Najib yang juga pengerusi BN Selangor ketika melawat kawasan Parlimen Puchong dekat sini pada Jumaat.

Najib solat Asar di Surau Ar-Raayah di Puchong Permai sebelum melakukan tinjauan mesra dan minum petang bersama penduduk kawasan itu.

Turut hadir calon BN bagi kerusi parlimen Puchong A.Kohilan Pillay, calon B Nbagi dewan undangan negeri (DUN) Seri Serdang Mohamad Yusof Mohamed Yassin, calon DUN Kinrara Datuk Wong Hock Aun dan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Perdana menteri berkata kerajaan hanya mahukan rakyat negara ini untuk hidup aman dan harmoni, kerana itu BN sentiasa memperjuang dasar yang bertimbang rasa, sederhana, inklusif dan mengambil kira pandangan semua pihak.

"Tidak seperti pembangkang yang bercanggah antara satu sama lain. Letak calon pun tidak setuju dan berbalah...ada pula masalah dengan simbol bendera sehingga pakai tiga simbol, tiada kabinet bayangan atau membuat keputusan siapa akan jadi perdana menteri.

"Tapi dalam BN, kita ada persefahaman. Kalau kita menang, Putrajaya kembali ke tangan BN. Dengan izin Allah, kalau tuan puan mahu saya jadi perdana menteri, jika anda sayang saya undilah BN," katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh hadirin. Najib turut membayangkan pada lima tahun mendatang, mandat yang kukuh akan bagi kekuatan kepada BN dan kerajaan untuk terus melakukan perubahan lagi hebat berbanding empat tahun lepas.

Beliau berkata dengan izin Allah, mandat yang kuat memberi peluang kepada B Nuntuk melaksanakan pentadbiran yang telus, memerangi rasuah, mengurangkan jenayah, menambah baik pengangkutan selain menyelesaikan masalah air di Selangor.

"Inilah kerajaan kita pimpinan BN. Oleh itu sokonglah calon kita dan buatlah keputusan yang bijak Ahad ini," katanya.

Najib turut mengumumkan aku janji BN untuk mengecat semula 36 blok bangunan Flat Puchong Permai di sini, dan selebihnya selepas 5 Mei ini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan