Ejen Jangan Umum Kemenangan Tanpa Keputusan Rasmi - SPR

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan ejen parti politik di tempat pengiraan undi tidak melangkaui kuasa pegawai agensi itu dengan mengisytiharkan kemenangan calon tanpa keputusan rasmi.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tindakan sebegitu akan menimbulkan ketegangan dan kekecohan.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Abdul Aziz juga mengingatkan pihak yang berkenaan agar tidak mempengaruhi orang ramai melakukan kekecohan dan demonstrasi jika calon mereka kalah atau tidak berpuas hati dengan keputusan.

Kalau tidak berpuas hati dengan keputusan, boleh buat petisyen dalam tempoh 12 hari selepas keputusan diwartakan, katanya.

Menurut Abdul Aziz, keputusan paling awal dijangka diketahui pukul 7.30 malam.

"Kepada pihak yang diisytiharkan menang pada pilihan raya ini, diharap tidak meraikan atau merayakan kemenangan secara melampau. SPR tidak ingin melihat berlaku perkara-perkara yang boleh merosakkan keharmonian dan ketenteraman awam.

"Bagi calon-calon yang tidak terpilih, mereka dinasihatkan menerima keputusan itu kerana keputusan tersebut ditentukan oleh pengundi dan mereka boleh mencuba lagi pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu ditanya mengenai kehadiran dua pemimpin PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, di pejabat SPR pada Jumaat, Abdul Aziz berkata beliau difahamkan kedua-dua mereka mahu mendapatkan penjelasan mengenai dakwat kekal.

"Saya tidak bertemu dengan kedua-dua mereka kerana sedang bersedia untuk mengadakan sidang media ini. Bagaimanapun nasihat saya kepada mereka supaya tidak mensensasikan isu dakwat kekal itu," katanya.

Kelibat Nurul Izzah dan Tian Chua dilihat meninggalkan bangunan SPR ketika sidang media berlangsung. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan