Chua Gesa Masyarakat Cina Johor Buat Pilihan Bijak Dan Tidak Terpengaruh Dengan DAP

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek

LABIS: MCA merayu kepada pengundi Cina di Johor supaya tidak terpengaruh dengan DAP dan membuat pilihan yang bijak pada hari pengundian 5 Mei ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata komuniti Cina perlu faham risiko menukar kerajaan kerana ia bakal membawa mereka ke arah kesesatan sekiranya mereka memilih parti yang salah.

Beliau mengingatkan masyarakat Cina bahawa Johor yang berada di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman mengamalkan kesederhanaan dalam berpolitik.

Selama tiga penggal menjadi Exco Kerajaan Negeri, Dr Chua berkata beliau tidak melihat masyarakat Cina di Johor mengalami masalah dengan tanah untuk pembinaan sekolah Cina, pembinaan rumah ibadat mahupun sumbangan kepada pertubuhan bukan kerajaan.

“Saya berani cakap bahawa seamuanya dilaksanakan secara adil,” katanya pada sidang media di pejabat MCA Labis pada Jumaat.

Dr Chua berkata slogan DAP. wu yue wu, huan zheng fu (tukar kerajaan pada 5 Mei) dan kempen berskala besar yang dilancarkan di Johor telah mengelirukan komuniti Cina di negeri itu.

“Mereka mahu rakyat membenci MCA dan Umno. Mereka kata orang Cina tidak akan mempunyai masa depan tanpa menukar kerajaan sedia ada,” katanya.

Dr Chua turrut melahirkan kebimbingan politik kebencian akan mewujudkan prejudis di kalangan masyarakat Cina dan Melayu.

Beliau berkata situasi paling tidak sihat perlu dijauhi justeru Dr Chua menyeru masyarakat Cina tidak mengorbankan perpaduan kaum, ekonomi serta pembangunan di Johor, kerana ia akan menjadikan negeri itu seperti Kedah dan Kelantan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan