Calon Bebas Tentang Umno Tidak Harus Diberi Simpati - Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LEDANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat berkata calon Bebas yang merupakan bekas anggota Umno atau Barisan Nasional tidak harus diberi simpati kerana mereka jelas menentang parti apabila membuat keputusan bertanding sebagai calon Bebas.

Timbalan perdana menteri berkata walaupun mereka pernah menjadi anggota atau pemimpin Umno tetapi mereka kini dianggap musuh Umno dan BN.

"Jawatankuasa Disiplin sudah pecat. Dia (calon Bebas) tidak lagi di dalam Umno, jadi jangan beri simpati kepada dia.

"Saya tahu Wanita (Pergerakan Wanita) akan kata kasihan...kasihan...tetapi tiada maaf tuan-tuan dalam pilihan raya," katanya ketika berucap pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia dan pelancaran Gelombang Biru Wanita BN Ledang, di Stadium Foong Yoon Kong, Bukit Gambir, di sini Jumaat.

Seorang pemimpin Wanita Umno turut dipecat keanggotaannya kerana bertanding atas tiket Bebas iaitu Naib Ketua Datuk Kamilia Ibrahim bagi kerusi parlimen Kuala Kangsar.

Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Muhyiddin Puan Sri Noorainee Abd Rahman, calon BN bagi kerusi parlimen Ledang Hamim Samuri dan calon BN untuk kerusi dewan undangan negeri (DUN) Gambir M. Asojan.

Pilihan raya umum Ahad ini akan menyaksikan Asojan, yang merupakan penyandang kerusi DUN itu sejak dua penggal lepas ditentang Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed dan dua calon Bebas, Mohd Zan Abu dan Yunus Mustakim.

Mohd Zan ialah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Ledang sebelum dipecat kerana bertanding atas tiket Bebas dan Yunus pula ialah bekas Ketua Umno Cawangan Kampung Parit Rabu.

Muhyiddin yang akan mempertahan kerusi parlimen Pagoh berkata para pengundi khususnya kawasan parlimen Ledang dan DUN Gambir bukan sahaja perlu memberikan sokongan padu kepada calon BN demi kejayaan yang cemerlang tetapi memastikan kemenangan itu memberi tamparan hebat kepada calon Bebas berkenaan.

Beliau berkata tiada istilah kasihan dalam Umno dan BN terhadap calon Bebas itu kerana tindakan mereka boleh menyebabkan kekalahan parti sekaligus mencemar maruah BN.

"Jangan kita beri satu undi pun kepada calon Bebas. Ada yang kata tidak mengapa nanti mereka (calon Bebas) akan jadi rakan BN apabila menang. Tetapi tiada istilah mesra BN di sini. Ini suatu pertarungan. Mereka akan dipecat seumur hidup," katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata dalam tempoh berkempen yang tinggal hanya dua hari lagi, anggota jentera pilihan raya perlu menggiatkan kempen mereka supaya calon BN yang bertanding akan mendapat majoriti kemenangan yang besar.

Terdahulu, Muhyiddin yang tiba di pekan berkenaan pada kira-kira pukul 9 pagi, berkesempatan melakukan tinjauan mesra dengan isteri, bertemu penduduk setempat, peniaga dan orang ramai di pasar lambak di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan