BN Sedia Menang 4-0 Di Sepang - Najib - Berita Semasa | mStar

BN Sedia Menang 4-0 Di Sepang - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DENGKIL: Barisan Nasional bersedia untuk menewaskan Pakatan Rakyat 4-0 di kawasan Parlimen Sepang yang turut mengandungi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam usaha merampas kembali Selangor.

Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mereka telah bekerja keras sepanjang tempoh lima tahun untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat di negeri itu dan yakin akan dapat melakukannya pada 5 Mei ini.

"Kami juga telah menyegarkan jentera parti, menanam semula keyakinan orang ramai kepada kami.

"Kami bersedia untuk membuka bab baru di Selangor," katanya ketika sarapan pagi bersama penyokong BN di sini, Jumaat.

Terdapat empat kerusi di daerah Sepang yang terdiri daripada kerusi Parlimen Sepang, tiga kerusi DUN iaitu Dengkil, Tanjung Sepat dan Sungai Pelek.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan