BN Dijangka Terus Perintah Perak Dengan Majoriti Mudah

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Barisan Nasional (BN) dijangka memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri Perak pada pilihan raya umum ke-13 (PRU), Ahad ini.

Pelbagai pihak termasuk pemerhati politik meramalkan BN akan kekal memerintah Perak dengan memperoleh sekurang-sekurangnya 34 kerusi dewan undangan negeri (DUN) dan menyumbang sekurang-kurangnya 14 kerusi parlimen kepada kerajaan Persekutuan, walaupun menghadapi saingan sengit daripada pembangkang.

Hari-hari akhir berkempen menyaksikan parti politik terus menggiatkan usaha meraih sokongan kira-kira 20 peratus pengundi atas pagar khususnya di kerusi DUN yang mempunyai majoriti tipis kurang 1,000 undi pada PRU 2008.

Kawasan yang menjadi tumpuan ialah Selama, Kubu Gajah, Kuala Kurau, Alor Pongsu, Selinsing, Kuala Sepetang, Trong, Kamunting, Pokok Assam, Lubok Merbau, Manjoi, Kepayang, Manong, Pangkalan Baharu, Sungai Rapat, Teja, Rungkup, dan Changkat Jong.

Perak mempunyai 24 kerusi parlimen dan 59 kerusi DUN dengan 1,406,734 pengundi. Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata BN mampu memperoleh majoriti mudah di Perak dan akan terus mentadbir negeri, namun menghadapi saingan sengit di kerusi-kerusi yang ditandingi PAS dan DAP.

Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata BN berpeluang cerah untuk menang di kerusi-kerusi yang ditandingi PKR berikutan masalah dalaman dan perpecahan dalam parti itu.

"Pada pilihan raya kali ini, Umno dilihat lebih bersedia. Umno sudah menyelesaikan masalah dalam parti. Mereka akan kembali normal. Umno dan BN akan meraih sokongan lebih besar pada PRU-13.

"Selain itu, MCA dijangka memenangi beberapa lagi kerusi. BN boleh menang mudah di Perak dengan 31 atau 32 kerusi daripada 59 kerusi DUN yang ditandingi," katanya.

Beliau berkata langkah BN Perak membariskan senarai calon yang lebih "segar" dengan 35 calon muka baharu, 11 daripadanya calon "generasi muda", menjadi tarikan pengundi. "Keseimbangan antara calon berpengalaman dan calon baharu akan menyakinkan rakyat," kata Ahmad Atory.

Harapan pastinya diletakkan kepada kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu dengan Umno dijangka menyumbang 34 daripada 36 kerusi DUN yang ditandinginya pada pilihan raya kali ini.

Ketua Penerangan Wanita Umno Datuk Hamidah Osman berkata selepas 13 hari berkempen, sokongan terhadap Umno semakin meningkat dan ini amat menggalakkan.

Katanya, berdasarkan bancian sikap pengundi yang dilakukan oleh Wanita Umno, BN dijangka memenangi 34 kerusi DUN di Perak. "Sehingga hari ini, secara konservatif, 34 kerusi DUN di Perak ialah kawasan putih. Terdapat beberapa kawasan kelabu namun sambutan penduduk tempatan agak positif...apa jua yang kami dapat (tambahan) dianggap bonus," katanya yang juga calon bagi kerusi DUN Sungai Rapat. Bagi pakatan rakyat pula, mereka juga yakin dapat merampas kembali Perak daripada BN. Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meramalkan pakatan memenangi 18 kerusi parlimen dan 38 kerusi DUN.

"Kami yakin DAP akan memperoleh 17 kerusi, PAS 12 kerusi dan PKR sembilan kerusi," katanya.

Pada PRU 2008, pakatan rakyat membentuk kerajaan negeri selepas meraih 31 kerusi DUN berbanding BN dengan hanya 28 kerusi.

Pada 2009, BN membentuk kerajaan negeri apabila empat daripada ADUN pakatan rakyat keluar parti dan mengisytiharkan mereka sebagai wakil rakyat Bebas yang mesra BN. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan